Wednesday, 16 December 2015

UBAT CACING ZENTEL

Assalamualaikum

Lately ni aq asyik ternampak post tentang ubat cacing.. Aq pun da lama x makan ubar cacing.. Seingat aq, last aq makan waktu zaman sekolah rendah..haha lama tu.. So aq pun decide pergi Farmasi, nak beli ubat cacing... Aq nak beli ubat pil Zentel tapi da habis pulak.. tinggal Zentel jenis cecair & beberapa ubat cacing jenama lain... Pharmacist tu suggest aq consume ubat cacing jenama Zentel.. Kenapa?? Nanti aq gtau.. So, aq pun belilah Zentel jenis liquid..

Sebelum aq consume Zentel tu, aq baca dulu details.. Awas ye, perempuan mengandung & disyaki hamil dilarang makan ubat ini.. Meh aq kongsikan apa yang aq baca dari details yang diberi.

1. Bagaimana caranya cacing biasa masuk ke dalam tubuh kita?
=cacing boleh masuk ke badan kita melalu penembusan jejentik melalui kulit kita & pengotoran makan melalui telur cacing.

2. Apakah jenis-jenis cacing biasa merebak?
=di negar kita, jangkitan yang paling biasa merebak ialah jangkitan cacing cambuk; cacing gelang; cacing kait; cacing kerawit dan cacing benang.
=cacing cambuk adalah salah satu daripada cacing yang sukar dihapuskan.

3. Siapakan yang mendapat jangkitan cacing?
=kesan atau akibat jangkitan cacing di antara negeri berbeza-beza. Kesan yang lebih tinggi berkemungkinan berlaku di kawasan pertanian utamanya yang meluas dan menggunakan air najis sebagai baja.
= kanak-kanaklah yang selalu lebih mudah dijangkiti kerana dalam usia yang sedang aktif mereka sangat gemar bermain di kawasan luar rumah.

4. Kenapa perlu pilih Zentel?
= Zentel mengandungi Albendazole metil karbamat iaitu sejenis sebatian.
=Bukan semua jenis ubat cacing boleh membunuh cacing cambuk TETAPI Zentel mampu melakukannya.
=Zentel mampu membunuh semua jenis cacing biasa termasuh jejentik dan cacing dewasa. Sesetengah ubat cacing yang lain hanya boleh mampu membunuh cacing dewasa sahaja.

5. Bilakan perlu di makan Zentel?
= bagi orang dewasa & kanak-kanak berusia dua tahun ke atas: Makanlah satu botol 10ml cecair Zentel atau dua tablet Zentel (400mg).
=Disarankan untuk mengulangi memakan Zentel setiap 3bulan untuk menjauhkan dari dihinggapi.

Inilah Zentel nya :)

Tq kerana sudi membaca...

Wednesday, 26 August 2015

Wedding Preparation: Bilik Pengantin

Assalamualaikum..

Ini post pertama aq untuk blog aq.. First time buat blog..hehe 
Tujuan buat blog ni sebab:

  1. nak share pengalaman hidup aq yg xseberapa ni
  2. kepuasan diri sendiri..hehe
  3. last sekali supaya nanti 10tahun akan dtg ke, bila aq scroll down aqnye blog..aq akan mengimbau kisah lama aq.. yelah, nak ingat sume pun xblh..umo pun mkin meningkat..faham2 le..hehe
So, post pertama aq ni, aq nak share pasal persiapan majlis kahwin aq aritu.. Aq nak share bab persiapan bilik pengantin..haha bilik aq la tu *blushing.. Boleh dikatakan semua persiapan dalam bilik tu aq buat sendiri dengan dibantu oleh keluarga aq.. Tanpa dorang, terkontang-kanting la aq buat sorang2.. Boleh je aq nak upah orang buatkan bilik pengantin, tp aq suka nak buat sendiri walaupun penat.. Allah je tahu.. hehe Tapi aku PUAS melihat hasil kerja sendiri.. 

Antara persiapan yg aq buat:

1. Set Bilik Tidur
    Aq beli set bilik tidur ni di MITC.. Kebetulan ada Pameran Perabot sempena sebelum GST..hehe memang aq xlepaskan peluang keemasan ni.. Aq pergi bersama family aq.. Aq cari2, jumpa yg berkenan di hati.. Ayah aq terus bayar deposit.. Selebihnya aq yg kena bayar nanti.. Tapi time set bilik tidur sampai kat rumah, ayah aq kata kat aq.. Simpan duit tu, ayah bayarkan.. Anggap hadiah dari ayah.. *mata masuk habuk.. Tq ayah..


1 set bilik tidur: 1 katil + 1 tilam + 1 almari + 1 meja solek + 1 meja sisi katil
                                           
2. Cat Dinding
    Untuk majlis aq, aq pilih tema purple lavender + putih.. Makin nak kawin, makin suka pulak warna tu.. haha So, bilik pengantin pun bertemakan warna tersebut.. Kalo korang tengok gambar kat atas ni, ada dinding yg bercat, ad yang tampal wallpaperkan.. Dinding utama je aq tampal wallpaper, dinding lain aq cat.. Aq cadang nak cat bila aq bila balik weekend, tapi parents aq da tolong catkan sebelum aq balik.. *touching lagi.. tq ibu ayah.. Cat tu aq beli satu tong, nasib baik cukup..hehe kalo korang nak beli cat, ko bg gambaran cmne saiz bilik ko pada tukang kedai cat tu, nanti dia recommendkan...

3. Wallpaper
     Untuk wallpaper, aq gigih search mengenai wallpaper.. Sebab aq memang tak tahu apa2 pasal wallpaper..Rumah aq pun xpernah pasang wallpaper.. So, aq pun search banyak kedai yang jual wallpaper.. Aq berminat dengan DIY Wallpaper.. Yelahkan nak jimat..hehe Tapi tulah aq musyil gak, blh ke aq buat.. Orang sekeliling aq pun banyak xcaya aq leh wat sendiri.. Nanti xcantik la, cepat terbuka la.. So, dorang suggest panggil orang buatkan.. Tapi disebabkan aq ni degil sikit, aq buat gak sendiri.. hehe Beli sendiri, tampal sendiri.. Nama pun DIY.. Aq beli kat satu kedai wallpaper kat Klang ni.. time tu ada promotion.. Aq pun time tu menyewa di Selayang, gigih pergi Klang..  beli wallpaper, satu gulung RM40.. Tapi aq cadangkan korang, beli dekat GM Klang.. Harga RM40 jugak.. Haha Rasa tertipu dengan promosi tu.. Takpe la da beli da pun.. Nasib harga sama dengan GM Klang, kalau x mesti lagi frust..haha So dua bulan sebelum majlis, aq gigih la tampal wallpaper dibantu oleh adik2.. Tq korang.. Untuk satu dinding tu, aq perlukan 4 gulung wallpaper...


Ketika proses menampal, senang je sebenarnya.. Cuma memerlukan kesabaran & kerjasama..hehe 
Aq la tu.. pengantin okeyh yang kena panjat..Tiada istilah Darah Manis..haha
Ni aq ajar cmne nak tampal.. Ni pun pekerja kedau wallpaper tu yang ajar..

  • Make sure dinding korang tu xde jerawat.. Kalo ada, pergi beli kertas pasir & bersihkan jerawat di dinding tu..Sebab: kalo ada jerawat2 tu, wallpaper ko nanti akan terbuka2 & nampak xlicin.
  • Ukur dulu wallpaper ko kat dinding & potong wallpaper ikut ketinggian dinding.. Lepas tu baru start tampal.
  • Buka pelekat di wallpaper sikit2, jangan buka pelekat semua... Buka sikit, tampal, gosok2 wallpaper kat dinding dengan tangan atau kain..

4. Cadar
    Cadar aq beli kat GM Klang je.. Aq tawar2, aq dapat harga RM300 (cadat + comforter)... Suka tidur atas cadar ni, sejuk je.. Rasa xnak bangun  je..Hahaha

Ni lah warna cadar aq

5. Permaidani
Aq beli kat kedai permaidani di Kota Fesyen Melaka..

Of kos warna purple jugak...hehe
So far, itulah apa yg aq boleh kongsi untuk preparation bilik pengantin aq.. hehe Ni je aq sempat snap picture bilik pengantin aq.. hehe busy beno... Tu pun snap lepas habis majlis.. Fuhh penat..
Ha yg kat hujung berkotak2 tu, hadiah kahwin aq dapat... Alhamdullilah, rezeki :)

Yang bersusun tu, tempat letak hantaran aq dan suami...
Tq kerana sudi membaca.. Harap boleh bertemu di entry seterusnya.. Assalamualaikum.. :)